BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ASSaLAmuLAIkum

أهلا وسهلا / welcome/ selamat datang

Jumaat, 19 Mac 2010

Adab selepas bersin

Tahukah anda, bersin dapat menolak penyakit?


Ini adalah nikmat yang di kurniakan oleh Allah kepada manusia. Ia merupakan satu rahmat dan ia membuktikan seseorg itu dipelihara oleh Allah SWT. Oleh itu, kita harus mengucapkan “ Alhamdulillah” ketika bersin sebagai tanda kita kesyukuran atas kurnian ini.


Abu Hurairah RA berkata, rasulullah SAW bersabda, “ apabila salah seorang dari kamu bersin katakanlah: Alhamdulillah ( Segala puji merahmati kamu). Sekiranya dia berkata: Yarhamukallah, maka org yang bersin itu perlu berkata : Yahdikumullah wa yuslihu balakum (semoga Allah membimbing kamu).” Riwayat al-Bukhari.


Orang yang bersin itu, perlu menutup mulut, sama ada dengan meletakkan tangan atau pakaian ke arah mukanya. Sunat juga merendahkan suara ketika bersin. Perbuatan menutup muka ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah menutup muka dengan tangan atau pakaian dan merendahkan suara. Ummu Salamah berkata Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud,” menguap dan bersin dengan suara tinggi itu adalah datang daripada syaitan.


Sahabatku, Islam amat menekankan adab dan sopan dalam kehidupan. Oleh itu, untuk menjsdi hamba-Nya yang benar-benar beriman, kita perlu beradab sopan dalam setiap kelakuan dan tindakan.








0 comments: