BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ASSaLAmuLAIkum

أهلا وسهلا / welcome/ selamat datang

Selasa, 23 Februari 2010

kenanganku...

Hari ini hari pertama aku menjejaki kaki di USIM,selepas sebulan bercuti, aku akan menempuh semester baru iaitu semester 6, xlama lagi habis lah aku belajar, Insya alah...

lewat petang aku sampai di hostel, aku ke rumah abangku terlebih dahulu...
apabila sampai, roomateku iaitu Fizah, sudah sampai lebih awal dariku... kami berbual dan bercerita sambil bergelak ketawa, maklumlah lama xjumpa katakan...

tiba2, aku mendapat pangillan daripada abangku iaitu, abang ju menyatakan yang ayahku telah pergi untuk selama-lamanya.. dengan serta-merta duniaku menjadi gelap dan aku merasakan diriku seperti hendak pitam..

Tanggal 28 Disember 2009, hari Isnin, pukul 6.45pm, merupakan tarikh keramat bagiku.. ayahku telah pergi untuk selama-lamanya.. Pada saat itu juga lah, aku merasakan aku telah menjadi anak yatim, aku menjadi tidak keruan, bagaimana untuk aku tempuhi hidup tanpa seorang insan bergelar ayah... aku begitu menyayangi ayahku, belum sempat ayah melihat kejayaanku dan belum sempat aku membalas jasa ayah, tetapi ayah telah pergi meninggalkan kami..mujurlah ada teman bersamaku, dan cuba untuk menenangkanku.. terima kasih kawan... ikutkan hatiku, ingin saja aku terbang ke kampung...

terkejut bukan kepalang aku mendengar berita ini kerana, sewaktu aku meninggalkan kampung ayahku sihat walafiat, kenapa begitu cepat ayah pergi... ayahhhhhhh....aku tidak percaya, aku tidak dapat menerima kenyataan ini....

aku pulang bersama abang ju, selepas menunaikan solat maghrib, kami bertolak pulang, didalam perjalanan, aku tidak berhenti2 menangis, dan Al-Quran sentiasa di tangan..
sepanjang perjalanan selama 8 jam... mataku tidak terlelap sedikit pun, aku asyik terbayangkan wajah ayah dan bagaimana keadaan ibuku dan adik2 di kampung..

Kami sampai hampir pukul 6 pagi, ketika itu, aku mendengar alunan bacaan Al-Quran, dan lihat kereta memenuhi halaman rumahku... Masyaalah, ayah memang betul2 sudah tiada...air mataku semakin deras mengalir, seperti air hujan.. aku segera berlari ke atas rumah dan melihat sekujur tubuh terbaring kaku, itulah ayahku... aku terus menjerit memanggil nama ayah, tetapi ditenangkan oleh ibuku dan adik-beradikku, menurut ibuku, kita tidak boleh merintih di atas mayat..selain itu juga, kata ibu.....kita harus menerima kenyataan yang setiap yang hidup pasti akan mati....tetapi akhirnya, aku mula menyedari, Ketika itu jugalah, dapat kulihat ketabahan seorang ibu..Ibuku begitu tabah menempuhi dugaan ini, beliau begitu cekal dan tidak menitiskan air mata, dan ibuku meneruskan membaca ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah...




Pada waktu itu, aku terus berdoa pada Allah, supaya aku boleh menjadi setabah ibuku, aku begitu menyanjungi dan menyayanginya, aku sangat2 berharap untuk menjadi seorang anak yang tabah...seboleh-bolehnya aku mahu menunjukkan kepada ibuku yang aku tidak akan menangis, kerana aku perlu sedar, setiap yang hidup, pasti akan mati... aku segera berwuduk dan solat subuh, kemudian aku membaca ayat suci Al-Quran untuk dihadiahkan kepada ayahku yang tercinta...

pada pukul 10 pagi, jenazah ayah selamat di kebumikan...





sekarang, sudah hampir 2 bulan ayah meninggalkan kami, tetapi aku merasakan seperti sentiasa ada bersama kami, semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah..

4 comments:

Ain Nabihah Bt Ahmam berkata...

bersabarlah kak..
semoga kesedihan yg akk trm ni,
akk akn beroleh kebahagiaan d ms mendatang..
amin...
chaiyok2!

FiLZaH berkata...

kak, sabar ya...
biarlah dia pergi ngan tenang n kita sebagai anak, mendoakan arwah tersebut..semoga arwah ditempatkan di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh.,.amin....
AL-FATIHAH...

NUR ASMAT AHMAD berkata...

terima ksih kerana bayak memberi semangat kepada akak..

nurqalb berkata...

kak...
kalo nani berada ditempat akk time tu ntahlah apa akn jd pada diri ini..sukar untuk kita nak menerima kenyataan orang paling kita sayangi sudah berjauhan untuk selamanya..

kak..syabas sbb akk brjaya mcekalkan diri..doakanlah nani utk mnjadi setabah akk..
kita semua pasti mengetahui bahawa yang hidup akan mati jua..kembalilah roh kita ke tangan PENCIPTA..