BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ASSaLAmuLAIkum

أهلا وسهلا / welcome/ selamat datang

Khamis, 1 April 2010

Larian Obor Sempena MASUM 2010..

larian obor nie, diisertai oleh dekan2 fakulti, mahasiswa-mahasiswi dan SUKSIS..
ia menonjolkan semagat berkerjasama,walaupun penat kami semua gembira..

pic xsmpt nk upload ag...sorry

Selasa, 30 Mac 2010

Permata Insan bakal melahirkan cendekiawan

Program Permata Insan merupakan kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu agama dan keduniaan serta menghasilkan bakal ilmuan dan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Program ini melibatkan kanak-kanak yang berusia lapan tahun hingga 18 tahun.
Pusat Permata Insan USIM telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung program PERMATA Negara.

Diharap dengan wujudnya program Permata Insan ni, akan lahirnya lebih ramai cendekiawan dalam bidang Islam..

renUng2kanLah...

Rabu, 24 Mac 2010

SAYANG.......

sayang,...
sayang tidak semestinya kepada teman lelaki...
sayang kita yang utama harus ditujukan kepada ALLAH SWT...
Kemudian RASULULLAH...
selepas itu, KEDUA IBU BAPA KITA...
dan SAHABAT KITA, dan SAUDARA MARA SEISLAM...
kita melihat kawan  yang selalu ketawa, jangan ingat dia bahagia...
jikalau kita lihat kawan yang  bersedih, jangan anggap dia berduka..
kegembiraan dan kesedihan tidak dapat kita gambarkan dengan mata kasar,
seelok-eloknya, kita mendekati dan cuba untuk memahami hati kawan kita.
setiap orang punya hati dan perasan, kita tidak dapat mengenali hati budi seseorang dengan hanya sekilas pandang, kita seharusnya cuba merasai apa yang kawan kita rasakan..
kadang-kadang, kita menyayangi seseorang, tetapi kita malu untuk tunjukkan, tetapi, apabila ia sudah tiada, baru lah, kita menyesal..
harus di ingati saudaraku, tunjukknlah kasih sayang kita sebelum terlambat....
bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur..
kalau hal demikian terjadi, menyesal pun dah tidak berguna..

renung-renungkan, marilah beramal...

Ahad, 21 Mac 2010

keluarGAKU terSAyang

Setiap orang inginkan keluarga yang bahagia, begitu juga aku.. aku ingin bersama mk, ayah n adik2 aku...
tetepi ayah pergi terlalu awal..
di sini, aku abadikan kenangan bersama2 ayah..
wajahmu sentiasa di ingatan.. 

Sabtu, 20 Mac 2010

mutiara kata

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)