BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ASSaLAmuLAIkum

أهلا وسهلا / welcome/ selamat datang

Selasa, 30 Mac 2010

Permata Insan bakal melahirkan cendekiawan

Program Permata Insan merupakan kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam usaha membimbing golongan pelajar pintar menguasai ilmu agama dan keduniaan serta menghasilkan bakal ilmuan dan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Program ini melibatkan kanak-kanak yang berusia lapan tahun hingga 18 tahun.
Pusat Permata Insan USIM telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung program PERMATA Negara.

Diharap dengan wujudnya program Permata Insan ni, akan lahirnya lebih ramai cendekiawan dalam bidang Islam..

renUng2kanLah...

Rabu, 24 Mac 2010

SAYANG.......

sayang,...
sayang tidak semestinya kepada teman lelaki...
sayang kita yang utama harus ditujukan kepada ALLAH SWT...
Kemudian RASULULLAH...
selepas itu, KEDUA IBU BAPA KITA...
dan SAHABAT KITA, dan SAUDARA MARA SEISLAM...
kita melihat kawan  yang selalu ketawa, jangan ingat dia bahagia...
jikalau kita lihat kawan yang  bersedih, jangan anggap dia berduka..
kegembiraan dan kesedihan tidak dapat kita gambarkan dengan mata kasar,
seelok-eloknya, kita mendekati dan cuba untuk memahami hati kawan kita.
setiap orang punya hati dan perasan, kita tidak dapat mengenali hati budi seseorang dengan hanya sekilas pandang, kita seharusnya cuba merasai apa yang kawan kita rasakan..
kadang-kadang, kita menyayangi seseorang, tetapi kita malu untuk tunjukkan, tetapi, apabila ia sudah tiada, baru lah, kita menyesal..
harus di ingati saudaraku, tunjukknlah kasih sayang kita sebelum terlambat....
bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur..
kalau hal demikian terjadi, menyesal pun dah tidak berguna..

renung-renungkan, marilah beramal...

Ahad, 21 Mac 2010

keluarGAKU terSAyang

Setiap orang inginkan keluarga yang bahagia, begitu juga aku.. aku ingin bersama mk, ayah n adik2 aku...
tetepi ayah pergi terlalu awal..
di sini, aku abadikan kenangan bersama2 ayah..
wajahmu sentiasa di ingatan.. 

Sabtu, 20 Mac 2010

mutiara kata

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)

Jumaat, 19 Mac 2010

doa kasih sayang dan petunjuk

Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wa hayyi’lanaa min amrinaa rasyadan.

Artinya: Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. (AL Kahfi:10)

Aku menyayangimu ayah ...


Semenjak ayah pergi mengadap Allah S.W.T ... aku xpernah membayangkan bagaimana kehidupan ini  berjalan ... namun semuanya pasti ada hikmah ...  ... maafkan aku bila aku banyak menuntut ayah,aku xtau bagaimana aku membesar dari masa ke semasa tanpa kehadiranmu..Dua lagu dibawah ini kupersembahkan untukmu ayah



Titip Rindu Buat Ayah by Ebiet.G.Ade 

Di matamu masih tersimpan / Selaksa peristiwa / Benturan dan hempasan / Terpahat di keningmu / Kau nampak tua dan lelah / Keringat mengucur deras / Namun kau tetap tabah / Meski nafasmu kadang tersengal / Memikul beban yang makin sarat / Kau tetap bertahan / Engkau telah mengerti hitam / Dan merah jalan ini / Keriput tulang pipimu / Gambaran perjuangan / Bahumu yang dulu kekar / Legam terbakar matahari / Kini kurus dan terbungkuk / Namun semagat tak pernah pudar / Meski langkahmu kadang gemetar / Kau tetap setia / Ayah / Dalam hening sepi ku rindu / Untuk menuai padi milik kita / Tapi / Kerinduan tinggal hanya kerinduan / Anakmu sekarang / Banyak menanggung beban.



ADA BAND Yang Terbaik Bagimu (Jangan Lupakan Ayah)



Teringat masa kecilku kau peluk dan kau manja
Indahnya saat itu buatku melambung
Disisimu terngiang hangat napas segar harum tubuhmu
Kau tuturkan segala mimpi-mimpi serta harapanmu


Kau inginku menjadi yang terbaik bagimu
Patuhi perintahmu jauhkan godaan
Yang mungkin ku lakukan dalam waktu ku beranjak dewasa
Jangan sampai membuatku terbelenggu jatuh dan terinjak


Tuhan tolonglah sampaikan sejuta sayangku untuknya
AKu terus berjanji tak kan khianati pintanya
Ayah dengarlah betapa sesungguhnya ku mencintaimu
Kan ku buktikan ku mampu penuh maumu


Andaikan detik itu kan bergulir kembali
Ku rindukan suasana basuh jiwaku
Membahagiakan aku yang haus akan kasih dan sayangmu
Tuk wujudkan segala sesuatu yang pernah terlewati

Adab selepas bersin

Tahukah anda, bersin dapat menolak penyakit?


Ini adalah nikmat yang di kurniakan oleh Allah kepada manusia. Ia merupakan satu rahmat dan ia membuktikan seseorg itu dipelihara oleh Allah SWT. Oleh itu, kita harus mengucapkan “ Alhamdulillah” ketika bersin sebagai tanda kita kesyukuran atas kurnian ini.


Abu Hurairah RA berkata, rasulullah SAW bersabda, “ apabila salah seorang dari kamu bersin katakanlah: Alhamdulillah ( Segala puji merahmati kamu). Sekiranya dia berkata: Yarhamukallah, maka org yang bersin itu perlu berkata : Yahdikumullah wa yuslihu balakum (semoga Allah membimbing kamu).” Riwayat al-Bukhari.


Orang yang bersin itu, perlu menutup mulut, sama ada dengan meletakkan tangan atau pakaian ke arah mukanya. Sunat juga merendahkan suara ketika bersin. Perbuatan menutup muka ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah menutup muka dengan tangan atau pakaian dan merendahkan suara. Ummu Salamah berkata Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud,” menguap dan bersin dengan suara tinggi itu adalah datang daripada syaitan.


Sahabatku, Islam amat menekankan adab dan sopan dalam kehidupan. Oleh itu, untuk menjsdi hamba-Nya yang benar-benar beriman, kita perlu beradab sopan dalam setiap kelakuan dan tindakan.

Selasa, 9 Mac 2010

best juga jadi wartawan ni...

Isnin, 1 Mac 2010

renung-renungkanlah..

Emak Siti kepada Emak Ali: "Yerlah... anak saya belajar lulus universiti.. .. tak nak bilang berapa... tapi biar lah patut-patut. ... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak perempuan saya.... harap harap paham jerlah, yek"



Emak Ali kepada Emak Siti : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... kenalah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."



Emak Siti : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."



Ali: "yerlah makcik... makcik nie jual anak ke kereta? takda macam gini..... sekarang jugak saya downpayment 2 ribu... saya bawak balik anak makcik.... malam nie saya test drive dulu semua..... kalau dalam semua baik.... jangan cakap 10 ribu 12 ribu pun saya letak... tapi kalau dah lemau, enjin pun tak bagus tuh anak makcik dengan deposit deposit semua makcik boleh simpan!!"


Emak siti:????


macam ni la tabiat orang melayu kita sekarang...nk kahwinkan anak, sama macam nak jual anak...
seharusnya kita ingat,berkahwin adalah untuk tujuan bagi meramaikan umat Rasululalh, bukan semata suka-suka...
renung-renungkan...marilah beramal.

kawan...

kawan..
apa ertinya,,memberi dan menerima..
segala masalah dikongsi bersama,suka dan duka...
kawab,janganlah menjadi lawan....



kawan....