BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ASSaLAmuLAIkum

أهلا وسهلا / welcome/ selamat datang

Rabu, 24 Februari 2010

buat insan bergelar AYAH

ayah...
dimana dirimu berada?
aku amat merinduimu,
aku amat menyayangimu,
dengan sepenuh jiwa ragaku...



ayah..kau tidak seperti ayah yang lain,
kau tidak pernah memanjakan kami,
kau tegas, suaramu lantang,
pantang kami membuat kesalahan,
pasti kami akan memerima habuannya.



ayah..
sering kali aku tertanya-tanya,
adakah kau menyayangi kami,
kerana kau sering memarahi,
bebelanmu membuat kami rimas,
kata nasihatmu tapi menikam kalbu..



tapi ayah..
itu dulu ketika kami kecil,
kini kami mengerti kau,
kau lakukan semua itu kerana sayang,
kau ingin melihat kami berjaya dunia akhirat..



ayah..
terima kasih atas segalanya,
ajaranmu yang tegas menjadikan kami insan,
pemergianmu kami relakan,
kami begitu menyayangimu,

tetepi apakn daya, Allah lebih menyayangimu,
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ayahku...Al-fatihah.

0 comments: